Jumat, 17 April 2020

Balan-balan

- Salam seram misteri saya kepada semua pembaca.Hari ni saya nak cerita pasal penanggal.Apa itu penanggal?Adakah ia sejenis hantu ataupun setan?Dari apa yang saya dengar dari mulut ke mulut,penanggal ini merupakan individu yang mengamalkan ilmu hitam.Di Sabah, penanggal di dipangggil balan-balan dan sangat popular dibeberapa tempat satu kwsn sekitar Sabah. Kisah ini saya dapat dari saudara saya.

Kisah ini terjadi pada 8 bulan yang lepas. Menurut saudara saya, pada malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram yang ada dikawasan itu.Seperti pada malam2 yang biasa, tidak ada sebarang peristiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tesebut.

Namun, pada malam yang berikutnya..satu peristiwa yang agak seram telah terjadi kepada 3 beranak ini. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anaknya telah terlihat satu bentuk seakan2 penanggal(kepala tidak bertubuh)berlegar2 disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan mereka sahaja, sehinggalah anak lelakinya telah menegur benda tersebut dengan menanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu.

Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anaknya menangis ketakutan. Ibunya yang dari tadi menyangka penanggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung,turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju.

Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang. Untuk menenangkan keluarganya daripada menangis ketakutan, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci al-quran serta ayat kursi sebagai pendinding. Penanggal tersebut bertambah ganas apabila rakannya membaca ayat2 al-quran,ia menghentak-hentakkan kepalanya kearah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya.
Penanggal tersebut seperti tidak takut dengan ayat2 yang dibacanya. Semakin dibaca,semakin bertambah agresif penanggal tersebut cuba menyerang mereka. Ia terbang mencari ruang untuk memasuki kereta mereka.

Apa yang berlaku selepas itu tidak dapat dilupakannya, seperti tahu ia tidak dapat memasuki kereta tersebut..ia terbang beriringan dengan keretanya...dan memerhatinya dari tepi tingkap. Oleh kerana takut sangat, rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut.

Nasib mereka agak baik..tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon dan 'menghigh lightkan' lampu kereta kearahnya..seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon tadi.
Menurut saudara saya, selepas peristiwa itu...rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangatnya.

Dipetik Dari: http://blogseram.blogspot.com/

Koleksi Cerita Seram - Whazzup-U.com